BLOG MALIAH AWANG
Thursday, 27 September 2012
forum
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7961%3Abahasa-rasmi&catid=12%3Aprofil-malaysia&Itemid=16
Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali
juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai
fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
|
Kepentingannya
sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah
membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa
yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di
Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil
oleh orang India.
Selain
itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian
negara. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa
antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa.
Forum Korpus Berkomputer
Faedah
korpus dalam perkamusan
Penyusunan kamus berasaskan korpus
merupakan asas utama teori leksikografi. Korpus berkomputer membolehkan
penyelidik memperoleh data dan maklumat dengan cepat, tepat dan bersistematik
mengikut kriteria dan format yang dikehendaki. Hasil daripada kajian berasaskan
korpus mencerminkan pengunaan sebenar bahasa dan dapat dijadikan asas dalam
penyusunan kamus.
Dalam tradisi perkamusan, pemerian
makna dibuat mengikut intuisi (rasa/andaian) penyusun semata-mata yang
menyebabkan banyak aspek makna dan penggunaan baru tidak terakam dalam kamus.
Contoh-contoh ayat yang direka untuk dimasukkan ke dalam kamus mungkin tidak
mengambarkan penggunaan yang sebenar dengan tepat. Contoh paling tepat ialah
contoh yang diambil dari data korpus, kerana data yang dikumpul adalah asli dan
berdasarkan kepada penggunaan sebenar.
Pendekatan linguistik korpus telah
membolehkan penelitian makna sesuatu perkataan dibuat berdasarkan penelitian
terhadap situasi dan konteks penggunaannya. Pemerhatian pada baris-baris
konkordans digunakan untuk mengenalpasti kepelbagaian makna perkataan
berdasarkan perubahan makna apabila berubahnya kombinasi kata. Sesetengah
penyusun kamus menggunakan kaedah analisis frekuensi bagi menyusun makna
mengikut kekerapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)